Saturday, August 14, 2010

Resepi Biskut Coklat Chips

Biasa buat biskut ni walaupun bukan bulan Raya, sedap gak (pada tekak kitorang la, hehe..) Jenis yang crunchy, bukan chewy. Jadi sesiapa yang suka crunchy sila-silakanlah buat resepi ni. Nak biskut yang lebih gelap, tambah dalam 1-2sb serbuk koko ye.

UPDATE 10 JUNE 2011: Ada satu lagi resepi biskut coklat chip, Famous Amos Chocolate Chips Cookies. Sedap, rangup. Cuma walnut saya tukar dengan nestum sebab anak tak suka kekacang.

Resepi Biskut Coklat Chips a.k.a. Chocolate Chips Cookies (nor_67@myresipi.com)

Gambar lama la you, nanti ada kelapangan I buat biskut lagi tapi bentuk lebih comel ye :P


Bahan-bahan ( bilangan bergantung pada saiz yg kita buat) about 100 cookies gitu-gitu la
90gm mentega (asal guna 180g mentega/majerin. Ku guna 1/2 majerin 1/2 butter sebab baca majerin merangupkan biskut and I guess that's true)
90g marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila (update: ku gandakan jadi 2st lagi harum)
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate (untuk kerangupan dan biar ada rongga dan tak terlalu padat)
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang (I used only 100g sebab rasa terlebih sangat kacangnya)

Cara:
  1. Ayak kedua-dua tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tapi jangan sampai hangus (shortcut: bakar dalam oven, 130C for 5 min atau hingga keperangan).
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua-dua gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati (guna senduk kayu je).
  4. Sudukan di atas loyang yang telah digris (untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, alaskan loyang pembakar dengan baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain. (ku timbang sama berat dan bulat-bulatkan dulu. Pastu simpan dalam fridge 10 min, tekan sikit bagi leper sikit baru bakar. Bila simpan dalam fridge bentuk dia tak lari sangat).
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pada kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pada masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yang telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.

4 comments:

FiyanParent's said...

adaka resepi tart nenas yang zack buat tu...gmbrnya dlm FB

Zack said...

ada kak, kt http://zachoes.blogspot.com/2010/08/resepi-tart-nenas-gulung-gebu.html. Ok juga la ni, rapuh tart dia..akak mo meh la dtg rumah, puasa2 ni kenyang lak mkn bertiga :P

Hanny Richidie said...

hi... ada mencuba kek velvet tak?

Zack said...

hanny: belum lg, tp insyaAllah akan dicuba bila ada kelapangan.. nape? hehe..